Giveaway Buku PTS Pilihan saya
02 May 2012 ? 0 Lovey Dovey ?
klik B A N N E R untuk join
Apakah buku PTS pilihan anda
Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa
Buku Ustaz Azhar Idrus Pertama Bersama PTS.
Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Isu Semasa menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran dan ilmu seseorang bagi menjawabnya. Soalan ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Kini ia dibukukan bagi dikongsikan jawapannya kepada tuan puan.
Panggil Saya Bedah
Nama saya Bedah binti Bedul.Saya bangga dengan nama saya.
Bedah sudah mampu menerima hakikat yang namanya adalah Bedah. Bedah juga seronok dengan nama itu dan hanya mahu dikenali dengan nama Bedah, dan bukan lagi Puteri Anis.
Semasa cuti semester, Bedah dan rakan-rakan menimba pengalaman bekerja sebagai penjual insurans. Pelbagai insiden yang berlaku kepada Bedah.
Setiap hari Bedah perlu berjumpa dan mencari pelanggan. Setiap kali namanya disebut, pasti menjadi bahan ketawa para pelanggannya.
Namun, ada Bedah kisah? Bedah sudah cukup kebal bagi menepis semua itu.
Hakikatnya, namaku Bedah... dan panggil saya Bedah.
BEDAH!
BEDAH!
Dalam Kehadiran Sofiah
Hospital menjadi rumah kedua mereka. Doktor, speech therapist, jurupulih cara kerja, dan pegawai kebajikan menjadi rakan mereka. Walaupun sudah berusia lapan tahun, Sofiah masih berlampin pakai buang. Kecacatannya, mental tetapi lebih jelas dipanggil autisme
Pantun & Gurindam untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan
Seni membawa acara majlis adalah suatu kemahiran, oleh itu seseorang pembawa acara majlis memerlukan banyak pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi dan berbahasa. Salah satu kemahiran yang mesti dimiliki oleh pembawa majlis adalah kemahiran menggunakan bahasa berirama iaitu salah satu seni bahasa ungkapan tradisional.
21 Rahsia Fasih Berbahasa Inggeris
Tahniah kerana anda memilih bagi memiliki buku ini! Selain menjimatkan wang, masa dan tenaga bagi mempelajari bahasa Inggeris, anda juga dapat mempraktikkan pelbagai teknik menarik yang unik seterusnya fasih berbahasa Inggeris dalam urusan seharian. Fasih berbahasa Inggeris mampu meningkatkan potensi dan keyakinan diri ke tahap yang lebih tinggi.